Monday, January 28, 2008

Suharto meninggal dunia

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Suharto meninggal dunia pada pukul 1.10 petang ini waktu tempatan (2.10 petang waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi ini.

Pengumuman itu dibuat oleh bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia Moerdiono melalui siaran sebuah radio tempatan ke seluruh negara itu sejurus selepas pasukan Doktor Presiden yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas presiden itu.
Suharto, 86, memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.

Terdahulu hari ini, doktor mengisytiharkan Suharto dalam keadaan kecemasan dan paling kritikal sejak berada di hospital itu apabila sejak pukul 1 pagi ini bekas pemimpin itu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan alat pernafasan setelah pelbagai organ badannya gagal berfungsi.

Moerdiono yang juga jurucakap keluarga Suharto, berkata anakanak bekas presiden itu berada di sisi bapa mereka ketika itu. BERNAMA

No comments: