Monday, February 25, 2008

Penamaan Calon DUN Mahkota N29

Wakil PAS di DUN Mahkota, Sdr Khairul Faizi diiringi orang kuat PAS Kluang, Sdr Mohd Noor bertemu Sdr Mohd Jais yang menjadi calon BN bagi DUN yang sama.


Sahabat- sahabat mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Muhammad Nazrin.



Muslimat turut serta dalam perarakan bersama calon PAS DUN Mahkota.






Senarai Calon Pembangkang di Johor Bagi Pilihanraya Umum Ke 12 Tahun 2008

Parlimen

P140 - SEGAMAT
Pang Hok Liong
DAP
P141 - SEKIJANG
Zulkaply Salleh
PKR
P142 - LABIS
Teo Eng Ching
DAP
P143 - PAGOH
Razali Jamil
PAS
P144 - LEDANG
Lau Tek Hai
PKR
P145 - BAKRI
Er Teck Hwa
DAP
P146 - MUAR
Nah Budin
PKR
P147 - PARIT SULONG
Faizal Ali
PAS
P148 - AYER HITAM
Hussin Sujak
PAS
P149 - SRI GADING
Ali Markom
PKR
P150 - BATU PAHAT
Muhamad Abdullah
PAS
P151 - SIMPANG RENGGAM
Atan Gombang
PAS
P152 - KLUANG
Ng Lam Hua
DAP
P153 - SEMBRONG
Lee Sang
PKR
P154 - MERSING
Shahar Abdullah
PAS
P155 - TENGGARA
Salleh Farmin
PAS
P156 - KOTA TINGGI
Onn Jaafar
PAS
P158 - TEBRAU
Roslani Sharif
PAS
P159 - PASIR GUDANG
Md Rizan Mohd Saman
PKR
P160 - JOHOR BAHRU
Hassan Karim
PRM
P161 - PULAI
Abdullah Idris
PAS
P162 - GELANG PATAH
Zaleha Mustafa
PKR
P163 - KULAI
Ng Papk Siong
DAP
P164 - PONTIAN
Mohd Anuar Mohd Salleh
PKR
P165 - TANJONG PIAI
Ahmad Ton
DAP

DUN

N1 - BULOH KASAP
Firdaus Masod
PAS
N2 - JEMENTAH
Phang Hock Liong
DAP
N3 - PEMANIS
Othman Selamat
PAS
N4 - KEMELAH
Mohd Baharudin Nor
PKR
N5 - TENANG
Md Saim Siran
PAS
N6 - BEKOK
Chang Teck Chee
DAP
N7 - BUKIT SERAMPANG
Mahfoz Muhamad
PAS
N8 - JORAK
Othman Hashim
PAS
N9 - GAMBIR
Kasim Ibrahim
PAS
N10 - TANGKAK
Lee Fu Haw
DAP
N11 - SEROM
Rusman Kemin
PAS
N12 - BENTAYAN
Wee Tong Hiang
DAP
N13 - SUNGAI ABONG
Sheikh Ibrahim Salleh
PAS
N14 - BUKIT NANING
Elias Samsir
PKR
N15 - MAHARANI
Mohamad Taslim
PAS
N16 - SUNGAI BALANG
Malik Mohamed Diah
PAS
N17 - SEMERAH
Muhamad Hasmi Hasim
PKR
N18 - SRI MEDAN
Saja@Mearaj Patani
PAS
N19 - YONG PENG
Ng Lam Swa
DAP
N20 - SEMARANG
Alliar@llyas Abakar
PAS
N21 - PARIT YAANI
Hashim Jusoh
PAS
N22 - PARIT RAJA
Mustafha Abd Rahman
PAS
N23 - PENGGARAM
Gan Peck Cheng
DAP
N24 - SENGGARANG
Mohd Ramli Md Kari
PAS
N25 - RENGIT
Hassanuddin Mohd Yunos
PAS
N26 - MACHAP
Abdullah Hussin
PAS
N27 - LAYANG-LAYANG
Yap Wee Keong
PKR
N28 - MENGKIBOL
Ng Lam Hua
DAP
N29 - MAHKOTA
Khairul Faizi Ahmad Kamil
PAS
N30 - PALOH
Tan Ting Chow
DAP
N31 - KAHANG
Abdul Halim Mohamad Dawam
PKR
N32 - ENDAU
Ahmad Said
PAS
N33 - TENGGAROH
Shahar Abdullah
PAS
N34 - PANTI
Abdul Rashid Abu Bakar
PAS
N35 - PASIR RAJA
Menhad Awab
PAS
N36 - SEDILI
Mona'aim Hassan
PAS
N37 - JOHOR LAMA
Kamaldin Tahir
PAS
N38 - PENAWAR
Md Paimon Jasmin
PAS
N39 - TANJONG SURAT
Abdul Razak Esa
PKR
N40 - TIRAM
Kumutta Raman
PKR
N41 - PUTERI WANGSA
Selvakumaran M. Raman
PKR
N42 - JOHOR JAYA
Md Nashir Wahab
PRM
N43 - PERMAS
Syed Othman Syed Abdullah
PAS
N44 - TANJONG PUTERI
Subra Taidathally
PKR
N45 - STULANG
Song Sing Kwee
PRM
N45 - STULANG
Norman Joseph Fernandez
DAP
N46 - PENGKALAN RINTING
Rahmatullah Abdul Wahab
PAS
N47 - KEMPAS
Suhaizan Kaiat
PAS
N48 - SKUDAI
Boo Cheng Hau
DAP
N49 - NUSA JAYA
Mohd Shah Lamat
PAS
N50 - BUKIT PERMAI
Mohd Badzihar Mohd Basri
PAS
N51 - BUKIT BATU
Liew Shin Kheong
PKR
N52 - SENAI
Ong Kow Meng
DAP
N53 - BENUT
Raden Sorobo Ponoh
PAS
N54 - PULAI SEBATANG
Shamsuddin Jaafar
PAS
N55 - PEKAN NENAS
Ahmad Ton
DAP
N56 - KUKUP
Ahmad Sani Kemat
PAS

Thursday, February 21, 2008

Sidang Media PAS Kawasan Kluang



Pada 20 Februari 2008, PAS Kawasan Kluang telah mengadakan satu Sidang Media bersama para wartawan di sebuah restoran di Kluang Baru, Kluang. Calon PAS yang akan bertanding di DUN Mahkota iaitu Encik Khairul Faizi bin Ahmad Kamil telah diperkenalkan kepada para wartawan.

Dalam Sidang Media tersebut, Khairul Faizi telah menjelaskan visi dan misi beliau di DUN Mahkota dan memberikan ikrar beliau sekiranya dipilih sebagai Wakil Rakyat di DUN Mahkota.

Turut serta dalam majlis pada pagi semalam ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kluang.

Thursday, February 14, 2008

Hadi sedia tentang PM satu lawan satu di Kepala Batas

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertanding satu lawan satu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kawasan Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum ke-12 ini.

Katanya beliau akur untuk bertanding di kawasan tersebut jika itu yang dimahukan oleh parti berkenaan. "Kalau parti minta saya bertanding (di Kepala Batas), saya sedia. Saya ikut keputusan parti. Bertanding atau tidak bertanding bukannya penting, yang penting kita buat kerja untuk perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Badan Perhubungan Pas Terengganu di sini, bagi mengulas pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri di Putrajaya Rabu.

Abdul Hadi, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu terserah kepada Pas Pulau Pinang untuk menentukannya. "Apa yang pasti, Pas akan bertanding satu lawan satu (dengan calon Barisan Nasional) di Kepala Batas," katanya.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertanding di kawasan-kawasan lain jika dicalonkan untuk berbuat demikian. Pada pilihan raya umum 2004, Abdul Hadi bertanding bagi kerusi Parlimen Marang tetapi tewas dengan majoriti 163 undi kepada calon BN Datuk Abdul Rahman Bakar yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia. BERNAMA

Wednesday, February 13, 2008

Bubar Parlimen : Abdullah tidak layak dipercayai lagi

Semalam Pak Lah kata Parlimen tidak akan dibubarkan hari ini tetapi dia bubarkan juga pada hari ini. Pak Lah ni mungkin seorang yang pelupa.
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) -Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap pembubaran Parlimen hari ini menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak dipercayai lagi.

Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.
Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.

Begitupun PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, katanya.

Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".

Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.

"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

Antara Manifesto BN yang gagal, 14 remaja lahir anak luar nikah

MELAKA: Seawal usia 14 tahun, sepatutnya berada di bangku sekolah. Namun, segelintir remaja perempuan di negeri ini yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mempunyai 'sejarah hitam' kerana pernah menjadi ibu muda selepas melahirkan anak luar nikah. Kebanyakan mereka terlanjur melakukan hubungan seks hingga berbadan dua akibat terlalu mempercayai dan menyayangi teman lelaki.

Berdasarkan statistik Jaim, sekurang-kurangnya 14 remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun terbabit dalam kes hamil luar nikah, sepanjang 2007.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati antara punca ramai gadis bawah umur terjerumus
dalam seks bebas kerana kurangnya perhatian ibu bapa.

Katanya, sikap remaja yang sentiasa mahu diberi perhatian dan kasih sayang menyebabkan mereka mudah 'cair' dengan pujukan dan rayuan teman lelaki yang bijak memanipulasikan keadaan semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan gadis terbabit.

"Dalam hal ini, ketika menjalin hubungan rapat boleh menjurus kepada perbuatan sumbang apabila gadis tadi tidak bijak menilai sikap sebenar lelaki terbabit."Biasanya apabila mereka terlanjur sekali, perbuatan itu selalunya diulangi beberapa kali hinggalah gadis itu tersentak apabila sudah mengandung," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, ada antara remaja terbabit masih di bangku sekolah dan apabila mengandung mereka mula malu dan tidak dapat meneruskan persekolahan.Katanya, disebabkan kes seumpama itu, terdapat ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke pusat pemulihan akhlak.“

Ada juga yang hanya menjaga anak mereka di rumah sehingga mereka melahirkan anak," katanya.Beliau berkata, antara kesalahan lain dalam tempoh sama tahun lalu, membabitkan golongan remaja dalam golongan usia itu ialah berkelakuan tidak sopan iaitu 14 orang manakala berkhalwat (53).

Rahimin berkata, dalam usaha mengatasi permasalahan sosial remaja di negeri ini, pihaknya bekerjasama dengan polis, pentadbiran sekolah dan Bahagian Rumahku Syurgaku, di Jabatan Ketua Menteri untuk mengadakan kempen dan penerangan.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sebahagian sekolah sudah menghantar jadual program. Menerusinya, kami memfokuskan kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5," katanya.

http://peneranganmelaka.blogspot.com/ & http://www.jasindaily.blogspot.com/

Wednesday, February 6, 2008

Perutusan Tahun Baru Cina Dewan Pemuda PAS Pusat









Oleh YB Salahudin Ayub
全国回教党青年团主席的农历新年献词我在此先敬祝马来西亚龙的子孙的华裔各界在
二零零八年二月七日的农历年新年快乐。农历
新年是中华民族最重要的节日,依据华人的农
历,今年即将进入鼠年。
对华人来说,农历新年代表着新的希望和新的
开始以及新的期望,因此华裔各界都非常重视
这个节日,当然要很隆重的庆祝,也包括马来
西亚的华裔人民。
无可否认的事实,马来西亚人民正承受着百物涨价的痛苦。虽然这是无法避 免的事实,但是年年难过还是年年要过。我在此也
希望华人的优良传统如一家老少大团圆和吃团圆饭能够长长久久
的延续和发扬光大。
年少的得到年老的红包代表着好运,成家的给红包与未成家的拿
红包,年轻的向年老的拜年象征着互相尊重和相亲相爱。舞狮舞
龙的表演代表着好运。。。
我在此谨代表马来西亚回教党,希望在这新的一年里,全国各族
人民能够更加的团结,同时我也觉得,华人的农历新年的优良传
统,全民应该共同庆祝,以提升各族的团结。
回教党带领大家团结一起
沙拉胡丁国会议员
(SALAHUDDIN AYUB)
全国回教党青年团主席
吉兰丹Kubang Krian国会议员
Sila layari ke http://babelfish.altavista.com/ untuk translation