Wednesday, January 30, 2008

Mashitah dikritik kerana "buka pekung di dada"

BALING: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikaikan prestasinnya sebagai wakil rakyat.

Ketua pergerakan itu Safiah Abdul Rahman berkata kenyataan Mashitah, yang juga Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, ibarat membuka pekung di dada dan tidak wajar dibuat kerana ia tidak kena pada masa dan tempat.
"Beliau telah membelakangkan nasihat pucuk pimpinan parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan usaha menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas kenyataan akhbar Mashitah Isnin.
Dalam laporan itu, Mashitah berkata ada pihak kononnya mendakwa prestasi beliau sebagai wakil rakyat tidak memuaskan.

Safiah berkata sebagai pemimpin, seseorang itu tidak seharusnya menilai sendiri prestasinya kerana ini perlu dibuat oleh orang lain.
Mashitah, 43, ialah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan mengalahkan Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. BERNAMA

Daya Saing Malaysia Ke-8 Dunia? Telitikan Data Sebenar

Dakwaan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Malaysia kini di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara adalah satu fakta yang sengaja diputarbelitkan.

Penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.

Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.

Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.
Keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya.
Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Jelasnya, kita memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.


ANWAR IBRAHIM
Sila rujuk

Monday, January 28, 2008

Larangan bertudung dihapus di Turki

ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata semalam, beliau mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan secepat mungkin walaupun ditentang hebat golongan sekular. Agensi berita Anatolia melaporkan, Erdogan mahu isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin melalui arahan parlimen. “Masanya sudah sampai untuk mengakhiri masalah ini,” kata Erdogan dalam satu pertemuan dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinannya, di Istanbul, semalam.

Parti AKP mencapai persetujuan peringkat awal dengan parti pembangkang Khamis lalu untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan larangan berkenaan, walaupun dikritik hebat badan kehakiman dan ahli akademik di negara itu. Parti AKP yang dibentuk selepas pengharaman Parti Islam, sejak sekian lama mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan kerana mendakwa peraturan itu melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan. Kumpulan sekular termasuk tentera, badan kehakiman dan ahli akademik kanan, melihat tudung kepala sebagai simbol penentangan terhadap sistem sekular di Turki.

Mereka mendakwa kelonggaran yang diberikan akan meningkatkan tekanan sosial terhadap wanita untuk menutup aurat. Erdogan bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa AKP mahu menghapuskan sistem sekular. “Bagaimana anda boleh katakan bahawa mereka yang memakai tudung tidak sekular. Kita mempunyai masyarakat di mana mereka yang bertudung dan tidak bertudung mempertahankan negara demokratik dan sekular,” katanya. - AFP

‘Saya mesti bertanding’ -- Kepala tidak ada mana boleh badan ada lagi – Samy Vellu

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang telah lapan penggal mewakili kerusi Parlimen Sungai Siput berkata, beliau mesti bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya menegaskan, beliau tidak pernah berasa penat untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan berhenti menerajui parti MIC demi pembangunan dan kemajuan kaum India di negara ini.
“Saya mesti bertanding lagi. Kepala (ketua) tidak ada, mana boleh badan (parti) ada lagi,” katanya kepada pemberita menghadiri Majlis Forum Belia India Kebangsaan yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) di sini hari ini.
Forum tersebut dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Samy Vellu, 71, merupakan Presiden MIC paling lama menjawat jawatan itu iaitu sejak tahun 1981.
Beliau pertama kali bertanding di Parlimen Sungai Siput pada tahun 1974. Pada pilihan raya umum 2004, beliau mendapat undi majoriti 10,235 menewaskan calon DAP, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj.
Sementara itu di JOHOR BAHRU, Pengerusi MIC Johor, Datuk K.S. Balakrishnan berkata, beliau sudah penat untuk bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.
‘‘Saya sudah penat tetapi kalau diberi peluang saya akan bertanding dan meneruskan perjuangan,” katanya ketika ditemui pada Pesta Pongal yang dianjurkan Biro Kebudayaan MIC Gelang Patah di Skudai dekat sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor itu pertama kali bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 1990 dan telah empat kali terlibat dalam pilihan raya.
Beliau merupakan wakil rakyat paling lama memegang jawatan Exco. Balakrishnan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas selepas menewaskan calon Pas, Syed Othman Syed Abdullah dengan memperoleh majoriti 17,307 undi pada pilihan raya umum 2004.
Dalam pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999, beliau berjaya memperoleh 25,691 undi mengalahkan calon Pas, Azam Haron dengan majoriti 17,307 undi.
Sebelum itu, Balakrishnan juga menang ketika bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum 1995 dan 1990.
Mengulas lanjut, Balakrishnan berkata, kedudukannya sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya umum nanti terletak pada pucuk pimpinan MIC.
Katanya, pucuk pimpinan MIC lebih mengetahui tentang masa depan politiknya.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan MIC bakal memperoleh kemenangan lebih besar berbanding pilihan raya 2004 memandangkan sokongan padu masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, di Kuala Lumpur ketika mengulas mengenai forum pembangunan belia India, Samy Vellu berkata, beliau sendiri sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi membentuk rancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah yang membelenggu kaum India.
Katanya, ramai belia India masih mempunyai tanggapan negatif terhadap kerajaan kerana pemikiran mereka telah dipengaruhi dan diracuni pihak tertentu termasuk pembangkang.
Beliau berkata, selain membincangkan masalah kaum India, MIC akan melaksanakan program bersama pertubuhan belia India bagi membuka minda dan menyedarkan mereka tentang peluang yang diwujudkan kerajaan.
“Kita sedar bahawa belia mempunyai minat memajukan diri dan mereka sebenarnya ingin berjaya. Mereka hanya memerlukan peluang serta bantuan. MIC bersedia memberikannya pada bila-bila masa,” kata Samy Vellu.
Sebagai bukti, MIC baru-baru ini telah berjaya mendapatkan peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM4.3 juta untuk belia India mengikuti program latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran awam, jelasnya.
Beliau berkata, MIC yakin lebih banyak kemudahan akan dapat disediakan untuk belia India di negara ini terutama peluang pekerjaan dalam sektor awam.


Suharto meninggal dunia

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Suharto meninggal dunia pada pukul 1.10 petang ini waktu tempatan (2.10 petang waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi ini.

Pengumuman itu dibuat oleh bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia Moerdiono melalui siaran sebuah radio tempatan ke seluruh negara itu sejurus selepas pasukan Doktor Presiden yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas presiden itu.
Suharto, 86, memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.

Terdahulu hari ini, doktor mengisytiharkan Suharto dalam keadaan kecemasan dan paling kritikal sejak berada di hospital itu apabila sejak pukul 1 pagi ini bekas pemimpin itu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan alat pernafasan setelah pelbagai organ badannya gagal berfungsi.

Moerdiono yang juga jurucakap keluarga Suharto, berkata anakanak bekas presiden itu berada di sisi bapa mereka ketika itu. BERNAMA

Sunday, January 27, 2008

Terbukti Umno-BN Gusar 'Faktor Anwar' Dalam PRU12!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu yakin dan percaya bahawa Umno-BN kini berada dalam keadaan yang begitu terdesak.
Kenyataan balas Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussien sebagai respon kepada hasrat Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi Parlimen yang dikosongkan KeADILan selepas pilihan raya umum akan datang membuktikan bahawa Anwar kekal menjadi faktor major dalam landskap politik negara.
Tidak timbul isu riak,takbur dan angkuh. Perkara ini pernah berlaku di Turki apabila Parti Keadilan & Pembangunan (AKP) memenangi pilihanraya umum Turki pada awal tahun 2000, di mana pada ketika itu Recce Tayyip Erdogan yang masih disekat hak berpolitik tatkala AKP menang, bertanding dalam pilihanraya kecil sebuah kawasan Parlimen di Turki lantas menjawat jawatan Perdana Menteri yang dikosongkan Abdullah Gul.
Lebih memalukan, hari ini melalui Utusan Malaysia SPR dilaporkan berkata bahawa Anwar layak untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.
Hasrat Anwar untuk bertanding adalah jelas membuktikan ltizam beliau untuk merealisasikan matlamat beliau untuk terus menyumbang dan memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen secara langsung dan efektif. Sokongan yang diperoleh KeADILan dan Anwar semakin terpancar di setiap pelusuk tanah air, dan ini pastinya menggusarkan Umno-BN.
AMK melihat, sekiranya benar Umno-BN benar-benar bersikap 'jantan' dan yakin KeADILan dan Anwar tidak akan menang sebuah kerusi pun, maka AMK mencabar Umno-BN untuk melangsungkan pilihanraya selepas 14 April 2008 agar Anwar boleh terus bertanding secara sah dalam pilihanraya umum ke-12 akan datang.
AMK juga berminat untuk menasihatkan Hishamuddin agar memastikan kedudukan beliau di Parlimen Semberong berada dalam keadaan stabil dahulu, sebelum memberi komen kepada mana-mana pihak lain khususnya pembangkang.
AMK melalui pakatan pembangkang akan memastikan Parlimen Semberong digempur habis-habisan agar Hishamuddin boleh terus berpijak di bumi yang nyata, bahawa Umno-BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat yang celik mata dan minda.
SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA
PARTI KEADILAN RAKYAT

Seorang lagi mangsa kemalangan bas dua tingkat meninggal dunia

IPOH: Seorang lagi penumpang meninggal dunia selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 383.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang semalam.

Pang Poon Eng, 20, yang berasal dari Batu Caves, Selangor meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ipoh di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, dua penumpang meninggal dunia di tempat kejadian iaitu Mohd Zailani Mustafa, 23, berasal dari Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Lee Nian Ning, 21, dari Taman Brown, Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
Tujuh lagi cedera parah apabila bas ekspres dua tingkat, Ekspres Konsortium yang membawa 37 penumpang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, terbabas lalu terbalik selepas melanggar pembahagi jalan sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis Honda Oddyssey.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim DSP Adzhar Othman ketika dihubungi enggan mengulas mengenai dakwaan saksi bahawa pemandu bas terbabit, Ruslin Isa, 42, dikatakan sedang menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMs) telefon bimbit dan memandu laju dalam hujan renyai sebelum kemalangan.
"Polis masih menyiasat punca kemalangan dan kita akan maklumkan selepas semua aspek siasatan diambil kira," katanya. BERNAMA

Tuesday, January 22, 2008

1 Dari 5 Rakyat Malaysia Berpenyakit Mental ???

Sebelum Chua Soi Lek meletakkan jawatan, bekas menteri kesihatan tersebut pernah mendedahkan sebanyak 16 % rakyat Malaysia menghadapi penyakit mental. Atau sebanyak 3 juta dari 27 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abdul Latiff Ahmad pula mendedahkan seorang daripada lima penduduk Malaysia berisiko tinggi mengalami tekanan perasaan yang mendedahkan mereka kepada masalah mental peringkat awal jika dibiarkan. Gejala berkenaan yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup masyarakat banyak melanda penduduk di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.Lebih memburukkan keadaan, katanya, gejala berkenaan turut menyerang golongan profesional termasuk doktor dan pengamal perubatan, arkitek, jurutera serta akauntan.

Katanya data ini bukan direka.Sebaliknya ia dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu. Mengikut kajian dan bancian tersebut, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk terdedah kepada risiko stres,” .Abdul Latiff berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Leso Group of Companies (Leso) di Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini.

Mengikut data terbaru ini bermakna 20 % ( 1 : 5) rakyat Malaysia yang mengalami penyakit mental. Lebih banyak 4 % dari data sebelum dari ini. Berarti dalam 100 orang terdapat 20 orang yang bermasaalah mentalnya.

Apapun alasan Tim. menteri Kesihatan, yang saya dapat simpulkan adalah kegagalan pemerintahan kerajaan BN itu sendiri. Dasar nya dalam semua bidang menekan dan menindas rakyat terutama rakyat bawahan, jiwa dan raga rakyat tertekan begitu teruk sekali dan terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit mental.

Dijangkakan lebih ramai rakyat yang tertekan mentalnya jika BN terus menang dalam PR yang akan datang. Kerana Kemenangan BN setiap kali membawa " hadiah " yang cukup istemewa kepada rakyat iaitu kenaikan harga barang. Jika BA menjanjikan akan menurunkan harga minyak sekitar 30 sen, tidak mustahil BN akan menaikkan harga minyak sehingga 80 sen seliter. Kenaikan ini akan membawa kepada kesemua harga barangan lain.

Kita yakin dengan menolak BN maka akan aman dan damailah negara kita, banyak masalah akan diselesaikan dengan mengembalikan semua keadilan yang dianjurkan oleh Allah SWT yang diperlukan oleh rakyat tidak mengira bangsa dan agama dan telah sekian lama diperjuangkan.

Thursday, January 17, 2008

Jualan T-shirt Lingam Laris



T-shirt Lingam mendapat sambutan hangat di pasaran. Berita dilaporkan dalam http://www.thestar.com.my/

T-shirts selling like hot cakes
By JO TEH


KUALA LUMPUR: The white top has screaming imprints Lingam was speaking to me! It’s one of the hottest selling T-shirts in town.
The ongoing Lingam video clip inquiry has brought more customers to Patrick Saw's shop asking for the “Lingam T-shirt”.
“I’ve actually had this design for a while but it became a hit and sold like hot cakes since a couple of days ago,” said Saw, who designs T-shirts.
“I update myself with current trends and issues and put them across in a graphic and humorous manner just to keep the people’s interest going,” he added.
“My inspirations come from whatever I see and hear,” the 54-year-old Saw said.
No to street protests, yes to walking around naked and No ethnic cleansing in Malaysia but armpit cleansing aplenty are some eye-catching phrases printed on T-shirts at his T-Junction stall at the Central Market.
Saw said his T-shirts were purely meant to be humorous with no sarcastic meaning in them.
“I am not caustic in my comments. Just to keep things relevant,” he said, adding that all his ‘creations’ were his own ideas.
Asked if he has encountered any trouble, Saw replied: “No, it has been smooth and no trouble so far. But I reckon someone has got to be too narrow-minded to think that the phrases are offensive.”
“The idea is for people to look at it and have a good laugh. I get a kick out of seeing people laugh at my designs,” said Saw, who started the business three years ago after returning from living abroad for 30 years.
A former restaurateur, Saw had designed a few images as decorative items for his outlets in Hong Kong and was asked to produce them in T-shirts.
“Well it has been a business for three years now and I am pleased that the response has been good,” he said, adding that his first designs were the “Mickey Maos” based on the Chinese military and political leader, Mao Zedong.

Wednesday, January 16, 2008

Lagi.. SPR tak TELUS....


"Saya tertarik dengan satu email yang dihantar oleh rakan saya...Di situ menyebut tentang orang yang lahir pada 1999 dan 1998 dah boleh mengundi...Dah boleh mengundi??? cuba anda masuk ke website spr dan 'check' no kad pengenalan berikut...

890520610089
910815750017
981231081137
991214740101

SEKIAN...."

www.tranungkite.net