Monday, December 24, 2007

TG Haji Hadi : Bagi Peluang PAS dan Keadilan Menang Di dalam PRU Akan Datang

TG Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Partai Islam SeMalaysia hari ini menyeru rakyat negara ini supaya memberi peluang kemenangan kepada PAS dan Keadilan di dalam Pilihanraya umum akan datang untuk mengubah kepimpinan negara ini demi menghapuskan kezaliman yang jelas berlaku ke atas rakyat.
Beliau telah menyeru rakyat supaya tidak menjadi bangang dan bebal untuk tidak mahu kepada perubahan dan Barisan Alternatif bersepakat untuk membawa reformasi kepada sistem demokrasi di negara ini, jelas beliau lagi.
Di dalam ucapannya juga, Haji Hadi telah menyelar pemimpin UMNO yang telah bertindak kurang ajar kepada Islam.Dasar Ekonomi Baru, yang pada dasarnya mempunyai cita-cita yang luhur untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, namun telah dirosakkan perlaksanaannya oleh pemimpin UMNO yang mengutamakan keahlian UMNO di dalam pemberian projek-projek dimana pembahagian kekayaan negara hanya diboloti oleh UMNOPUTRA.
Beliau telah mengupaskan berkenaan dengan kenyataan bahawa Islam meletakkan "keadilan" sebagai prinsip penting di dalam sesuatu pemerintahan.Haji Hadi juga telah memberikan penerangan tentang pengalaman PAS memerintah Terengganu setelah diberikan mandat oleh rakyat selepas pilihanraya 1999 dimana beliau selaku Menteri Besar ketika itu telah melakukan beberapa perubahan besar untuk membasmi kemiskinan di Terengganu.Kadar kemiskinan di Terengganu telah menurun dengan ketara dimana di zaman pemerintahan Barisan Nasional sebelumnya, Terengganu disenaraikan sebagai negeri kedua termiskin di negara ini. Namun di bawah pemerintahan PAS yang hanya sepenggal, pemerintahan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan negeri Terengganu berada di kedudukan yang keempat termiski berbanding tempat kedua di masa pemerintahan BN.
Semasa PAS memerintah Kelantan rakyat tanpa mengira kaum, ugama dan politik telah diberikan peluang yang tidak pernah dirasai dizaman pemerintahan UMNO contohnya pemberian geran tanah kepada masyarakat Cina di Kuala Terengganu.Tol dan beberapa cukai yang membebankan rakyat marhain telah dihapuskan semasa pemerintahan PAS.
TG Haji Hadi juga sebelumnya telah mengupas kisah kezaliman Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a.s. dan telah ditewaskan dengan hanya tentera yang kecil itu nyamuk yang telah masuk ke telinganya setelah Namrud bertindak zalim memerintahkan Nabi Ibrahm dicampakkan ke dalam api.
Terdahulu darinya, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustadz Azizan Abdul Razak telah berucap dan menyatakan bhaw PAS dan Keadilan Keda telah epakat di dalam tugastugas kerjasama menghadapi pilihanraya yang akan datang.PAS dan Keadilan Kedah juga telah membereskan soal pembahagian kerusi yang dipertandingkan di alam Pilihanraya yang datang ini dan Barisan Alternatif, menurutnya, telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa hatta diadakan esok hari sekalipun.
Beliau juga telah mendedahkan terhadap perkhabaran yang beliau perolehi mengenai kegusaran UMNO terhadap sambutan rakyat kepada parti PAS dan Keadilan di tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Dengan kehadiran rakyat yang begitu ramai di dalam majlis ceramah tesebut termasuk dari yang bukan Islam, beliau optimis PAS dan Keadilan akan meraih kemenangan yang cemerlang di dalam pilihanraya yang akan datang.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berucap di majlis ceramah berkenaan dan beliau telah menjelaskan bahawa kekayaan di negara hari ini diboloti oleh segelintir kroni UMNO.Beliau yang baru kembali dari satu majlis di Lunas melaporkan mengenai sambutan besar dari masyarakat golongan India terhadap parti Keadilan dan PAS dimana ribuan masyarakat India telah mengerumuni majlis ceramah yang diadakan di Pejabat PAS.UMNO kini memainkan isu perkauman Hindraf untuk memburukkannya, tambah beliau lagi.

Monday, December 10, 2007

3 tragedi 9 Disember:

Oleh Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang

PAS melihat beberapa insiden yang berlaku pada hari ini dengan penuh kebimbangan dan menegaskan bantahan sekeras-kerasnya terhadap apa yang berlaku itu.
Pertama:

Tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berikutan Perisitwa Hitam Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September, 2007 lalu.

Keenganan memberikan ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan semua kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan ikat jamin. Menurut rekod kedua-dua mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis dalam kejadian tersebut.

Dalam kes ini juga PAS berdukacita atas keputusan Peguam Negara yang bertindak sendiri sebagai pendakwa dalam kes yang disebut di di peringkat Mahkamah Sesyen ini.

Kedua:

Penangkapan terhadap lima orang peguam dan tiga aktivis yang sedang meraikan hari Hak Asasi Sedunia di Kuala Lumpur anjuran Majlis Peguam Malaysia pagi tadi. Turut ditahan adalah seorang ahli Majlis Peguam kerana menghalang pihak DBKL dari menurunkan sepanduk perayaan tersebut.

Tindakan pihak polis melakukan penangkapan dalam majlis aman dan memperingati "Hari Hak Asasi Sedunia" seumpama ini sudah pasti mencacatkan lagi rekod hak asasi negara yang telah sedia tempang dan tercemar.

Ketiga:

Waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Naib Presiden PAS, Hj Muhammad Sabu di Ipoh, ketika beliau sedang membawa rombongan perkahwinan anak perempuan beliau di sana. Beliau ditahan kononnya kerana menyertai perhimpunan haram.

Berikutan tindakan-tindakan ini PAS menganggap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mula bergerak ke arah sebuah "Negara Polis" (Police State) dan tidak lagi menjunjung sistem demokrasi yang merupakan asas Perlembagaan Persekutuan kita.

Saya menyeru semua ahli-ahli PAS di seluruh negara khasnya diperingkat kawasan-kawasan agar menunaikan solat hajat dipimpin oleh para ulamak peringkat masing-masing, dengan memohon ke hadrat Allah SWT agar menghapuskan segala bentuk kezaliman ini dan menyelamatkan kita semua dan negara tercinta ini dari angkara buruk kerajaan Barisan Nasional yang jelas membelakangkan demokrasi dan hak asasi itu

Tuesday, November 6, 2007

Petrol Akan Naik Selepas Pilihanraya

Ustaz Nik Abduh Menulis Berkenaan Hukum Bertepuk Tangan, Bersorak dan Bersiul

Salam Kamunting,
Rasanya elok juga saya menyertai rakan - rakan daripada kalangan ustaz yang banyak menulis mengenai pendapat - pendapat ulama’ muktabar dalam hukum fiqh Islami bagi membantu dan mendekatkan khalayak pembaca mencapai jawaban dalam hukum agama mengenai sesuatu masalah.
Bezanya laman saya ini bukan laman fiqh Islami sebagai terasnya. Juga, saya sekadar menterjemahkan pendapat ulama’ sepenuhnya tanpa membuat perbandingan dan mengemukakan pendapat sendiri. Cuma, hukum itu adalah pilihan saya. Juga, saya pilih sesuatu isu berdasarkan apa yang saya fikir sesuai untuk umum mengetahuinya.
Maaflah ya, saya tidak bersedia untuk menjadikan laman ini sebagai ruang soal jawab fiqh hukum. Jadi, jangan tanya persoalan hukum jika anda merasa kecewa kalau saya tidak menjawabnya segera. Saya pilih apa yang sesuai untuk dijawab bergantung kesesuaian dan keluasan masa yang ada. Rujuklah ruangan soal jawab ugama yang lebih luas dan terkenal.
Hukum fiqh penuh perbezaan pendapat. Jadi, pendapat pilihan saya ini janganlah menjadi medan pertikaian yang tak perlu. Nak bahas juga, bincang di tempat lain. Saya menghormati semua pendapat yang bertentangan.
Oleh kerana saya terlalu terkesan dengan ketokohan Asy Syaikh Al Qardhawi dan kekuatan ijtihadnya, saya mungkin banyak menterjemahkan pendapat beliau. Berbeza dengan cara saya dalam muzakarah buku ‘ugama dan politik’ karangan beliau yang lebih berbentuk intipati dan ringkasan, saya terjemahkan sepenuhnya tulisan beliau. Ini kerana hukum fiqh berbentuk istidlal dan pendalilan yang amat terperinci dan halus. Saya bimbang ringkasan saya menjauhkan, tidak mendekatkan.
Cuma, saya mungkin membuat ulasan sendiri sekadar perlu di akhirnya. Semoga ada manfaatnya di neraca amal di akhirat nanti. WaLlahu a’lam.
Saya mulakan dengan hukum bertepuk tangan, bersorak dan bersiul.
Hukum bertepuk tangan, bersorak dan bersiul
Tepuk tangan:
Memukul dengan kedua - dua belah tangan yang menghasilkan bunyi yang didengari. Apabila diulang ia boleh menghasilkan bunyi yang tersusun. Dalam bidalan ada disebut, sebelah tangan tak menghasil tepukan ( Bertepuk sebelah tangan ).
Manusia bertepuk tangan dengan beberapa tujuan:
1) Memberi peringatan seperti apabila ingin memasuki rumah seseorang atau ingin mengingatkan tuan rumah atau ahlinya mengenai kehadirannya, lalu dia menepuk tangan.
Inilah yang warid dan datang dalam hadis yang membenarkan wanita yang menjadi makmum dalam solat jamaah ketika mahu mengingatkan imam yang tersalah untuk menepuk kedua tangannya dari belakang saf agar imam sedar dan kembali membetulkan.
Dalam Hadis sahih, ” Barang siapa yang ingin membaiki kesalahan dalam solat hendaklah dia bertasbih ( dengan berkata ‘subhanaLlah‘ ). Sesungguhnya apabila dia berkata demikian, imam akan berpaling kepadanya ( memberi perhatian ). Dan sesungguhnya bertepuk tangan itu adalah khusus untuk wanita.”- Hadis muttafaqun ‘alaihi ( Al Bukhari dan Muslim ) daripada Sahl Ibn Saad sebagaimana dalam Al Lu’lu’ Wal Marjan (243).
Dalam Hadis lain, ” Bertasbih adalah untuk lelaki, manakala bertepuk adalah untuk wanita.”. - Hadis muttafaqun ‘alaihi ( Al Bukhari dan Muslim ) daripada Abi Hurairah sebagaimana dalam Al Lu’lu’ Wal Marjan (1204). Maksudnya, ketika dalam solat.
2) Melahir kegembiraan seperti memukul dengan bantuan kompang atau alatan lain dengan alunan yang tersusun yang menghasilkan bunyi yang berimbang sebagaimana kita saksikan dalam lagu - lagu negara Teluk dan sebagainya.
3) Memuji dan memandang baik terhadap sesuatu perkara sebagaimana kita saksikan para penonton memberi tepukan tangan untuk penyair selepas mendeklamasikan sajak dan syairnya, atau tepukan untuk pemidato yang berjaya menyentuh emosi khalayak pendengar sehingga sebaik saja mereka menyudahkan ucapan, dewan terus bergema dengan tepukan dan sorakan puji - pujian daripada para hadirin.
4) Beribadah. Inilah yang telah dilakukan oleh golongan Arab Quraisy jahiliyyah dan seumpamanya dalam ibadah mereka di Masjidil Haram dengan bersorak dan bersiul. Dan Itulah perbuatan yang diingkari oleh Al Quran di dalam firman Allah yang bermaksud : ” Tiadalah solat/ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ dan tashdiah. “ Al Anfal: 35.
Al Qurtubi berkata: Berkata Ibnu Abbas: Masyarakat Quraisy jahiliyyah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia merupakan satu ibadat. Muka’ bererti bersiul, manakala tashdiah bererti bertepuk tangan. Itulah pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.
Daripada Qatadah: Muka’ bererti bertepuk dengan tangan, manakala tashdiah bererti bertempik dan bersorak ( ini berbeza dengan pandangan oleh Mujahid tadi ).
Untuk tujuan yang pertama tadi, ia jelas harusnya di sisi syar’. Tiada siapa pun yang membantah. Untuk tujuan yang keempat juga jelas sekali pengharaman dan tegahan ke atasnya kerana ia merupakan pensyariatan ibadah yang tidak pernah diizinkan oleh Allah.
Hukum ini juga diterima pakai ke atas sesetengah golongan ahli sufi yang melakukan perbuatan tadi dalam amalan mereka. Ini seperti kata Al Qurtubi: Ini adalah jawaban ke atas golongan yang jahil daripada golongan sufi yang menari dan bertepuk dalam ibadah mereka. Ia adalah perkara mungkar yang ditolak oleh mereka yang berakal yang bersih daripada kekarutan itu. Pelakunya telah menyerupai/ tasyabbuh dengan perbuatan ibadah kaum musyrikin di Masjidil Haram.
Kami telah sebut pendapat Al ‘Izz Ibnu Abdus Salam dalam bicara hukum menari sekejap tadi ( dalam bukunya - pent ).
Hukum bertepuk dengan tujuan melahir kegembiraan dan memuji.
Berbaki dua perkara iaitu tujuan kedua dan ketiga perbuatan bertepukan seperti yang kami huraikan tadi iaitu dengan tujuan melahirkan kegembiraan dan keseronokan, juga untuk melahirkan rasa kagum dan memandang baik terhadap sesuatu perkara. Apakah hukum syar’ie dan apakah pendapat fiqh semasa mengenainya?
Hakikatnya, saya tidak menemui sebarang dalil yang muhkam dan kata putus daripada Al Quran dan As Sunnah mengenai pengharaman dan tegahan ke atas kedua - keduanya.
Mungkin sesetengah pendapat mengambil dalil daripada ayat dari ayat 35 Surah Al Anfal tadi yang bermaksud: ” Tiadalah solat / ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ dan tashdiah.“
Tetapi ini adalah pengambilan dalil yang bukan pada tempatnya. Ini kerana ayat tersebut adalah tertuju kepada mereka yang melakukan ibadat dengan cara bertepuk sedangkan di sini tujuannya lain yang tiada pengertian ibadah di dalamnya.
Mungkin juga sesetengahnya mengambil dalil daripada Hadis Nabi sallaLlahu alihi wasallam yang bermaksud: ” Sesungguhnya tepukan itu hanyalah untuk wanita.” Sudah nyata larangan lelaki menyerupai wanita. RasuluLlah sendiri telah melaknati lelaki yang menyerupai wanita.
Tetapi adalah jelas dan maklum bahawa hadis tadi warid dan datang khusus mengenai bertepuk di dalam solat. Maka ia tidak boleh menjadi dalil untuk menegah lelaki daripada bertepuk di luar solat. Inilah yang disebut oleh Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami. Beliau juga menyebut bahawa larangan menyerupai wanita itu adalah pada perkara yang memang khusus untuk wanita ( seperti jenis pakaian, perhiasan dan seumpamanya - pent ) . Adapun bertepuk, ia bukan perkara khusus wanita sahaja.
Kata beliau: “Dan saya nyatakan di dalam Syarhul Irsyad bahawa ianya makruh… Yang paling sahih dalam perkara ini, ianya halal dan harus.”
Berbaki satu hujah iaitu perbuatan bertepuk adalah amalan bukan islamik. Ia adalah amalan orang barat yang telah dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam. Kita dilarang menyerupai orang - orang bukan Islam.
Jawabannya: Sesungguhnya kita dilarang menyerupai mereka di dalam perkara - perkara khusus ugama mereka dan cara ibadat mereka. Adapun perihal duniawi, maka tiada sebarang larangan untuk kita meniru mereka apabila ia bebas daripada larangan syara’ atau kerosakan yang ditegah syara’.
Asy Syaikh Dr Yusuf Al Qaradhawi.
Terjemahan petikan daripada kitab ‘ Fiqhul Lahwi Wat Tarwiih’.
………………………………
Komentar: Saya lebih cenderung untuk menggalakkan hadirin menunjukkan kegembiraan dalam majlis - majlis tertentu dengan cara bertepuk tangan. Antaranya majlis anak - anak PASTI terutama hari penyampaian hadiah dan sukan PASTI. Tepukan memberi ransangan yang baik untuk membina jati diri anak - anak. Saya selalu menyaksikan kejayaan anak - anak tanpa diiringi suasana senyap tanpa tepukan. Sungguh memilukan!
Antaranya, majlis tertentu yang dihadiri khalayak umum termasuk bukan Islam. Ini lebih mengisyaratkan kemudahan dan kemesraan. Jika kita hanya tersenyum ketika mereka bertepuk, ia memberi isyarat perbezaan pada ciri - ciri muslim yang tidak perlu.
Adapun majlis ugama dan politik Islam, laungan takbir tiada penggantinya. Pas melaksanakannya dengan penuh pujian. AlhamduliLlah.
Jadi, jangan segan bersorak, bertepuk dan bertakbir pada himpunan rakyat 100 ribu nanti!! WaLlahu a’lam.

Peringatan Daripada YB Ketua Pemuda PAS Pusat

Pemuda wajib hadir perhimpunan rakyat Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata; "Siapa yang mengaku menjadi ahli Pemuda PAS, wajib hadir dalam perhimpunan aman menuntut pilihan raya yang adil, Sabtu ini."
Beliau membuat arahan khas kepada ahli Pemuda seluruh negara supaya menyertai perhimpunan aman itu bagi memberi kesedaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan menjalankan pilihan raya secara telus.
Perhimpuanan aman anjuran (Bersih) itu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu 10 November ini, bermula jam 3 petang.
Beliau mengingatkan ahli Pemuda PAS seluruh negara, kehadiran dalam perhimpunan aman itu amat penting jika mereka benar-benar ahli Pemuda PAS dan mahu meneruskan perjuangan dalam Islam.
"Buktikan yang kita cintakan keadilan serta keamanan," tegasnya.
Menurut beliau, jika sami-sami Buddha di Burma (Myanmar) sanggup berdemonstrasi di jalan raya untuk menuntut keadilan tidak ada sebab bagi Pemuda PAS tidak hadir dalam perhimpunan aman itu.
Beliau mengingatkan Pemuda seluruh negara supaya berani dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan halangan dan tidak perlu gentar amaran atau ugutan daripada pihak polis.
Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan seluruh Pemuda PAS supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan mematuhi segala arahan daripada pihak pimpinan. - lanh
www.harakahdaily.net

Sunday, October 21, 2007

Hapus Yuran - Bajet 2008 ternyata menipu rakyat

Malang sungguh bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak sedang belajar di sekolah rendah dan menengah ditipu kerajaan Malaysia melalui Bajet 2008 yang memansuhkan yuran persekolahan mulai sesi pengajian Januari depan.
Media cetak dan eletronik pengampu menggambarkan penghapusan yuran persekolah itu suatu hadiah kepada rakyat, media menemuramah ibu bapa pelajar dan menyiarkan komen positif terhadap pengahapusan yuran pesekolahan itu.
Ada yang mangatakan langkah kerajaan menghapuskan yuran sekolah adalah suatu tindakan tepat dari kerajaan yang mementingkan rakyat. Tidak kurang juga ada yang memuji Perdana Menteri setinggi langit kerana membentangkan bajet pemurah itu.
Namun realitinya bukanlah sebagaimana yang dihebohkan, nilai yuran yang dimansuhkan itu hanya RM4.50 (sekolah rendah) dan RM9.00 (sekolah menengah) setahun atau hanya 0.38 dan 0.75 sen sebulan!.
Apakah nilai itu dikatakan dapat membantu meringankan beban rakyat?
Hanya orang tidak siuman sahaja yang menilai 0.38/0.75 sen sebulan sebagai tinggi yang boleh memberi nilai tambahan kepada. Itu lah digambarkan oleh media serta individu yang diwawancara. Sunggu bengong mereka itu!.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar menasihatkan ibu bapa supaya jangan terkeliru (dengan penghapusan yuran persekolahan seperti disebutkan didalam Baget 2008).
Noh dilaporakan berkata ibu bapa hendaklah memahami hanya yuran persekolahan (bernilai 0.38 dan 0.75 sebulan) itu sahaja yang dimansuhkan manakala bayaran lain tetap tidak berubah.
Ertinya ibu bapa tetap akan membayar ratusan ringgit untuk pelbagai yuran sekolah pada hari pertama persekolahan anak mereka nanti
Itu lah realitinya, beban ibu bapa tetap tidak berhapus dengan pengumuman Bajet 2008 yang menghapuskan yuran sekolah!.
Penjelasan Noh itu adalah jawapan tepat terhadap terhadap rakyat bahawa kerajaan sebenarnya telah menipu dan mengelirukan rakyat dengan mewar-war pemansuhan yuran perseolahan didalam baget 2008 lalu sedangkan hakikat sebenarnya kerajaan tidak bersedia untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Malaysia adalah negara pengeluar minyak tetapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana pada ketika harga minyak dunia naik mendadak kerajaan pula mengurangkan subsidi minyak kepada rakyat menyebabkan harga minyak dipasaran tempatan naik dan rakyat menanggung kos hidup sara yang lebih tinggi manakala syarikat minyak negara (Petronas) mengaut untung berlipat kali ganda.
Keuntungan petronas kira-kira RM70 billion pada tahun lalu tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Rakyat akan menerima manfaat daripada kebaikan harga minyak jika sebahagian kecil daripada keuntungan petronas itu disalur sebagai subsidi pelajaran yang dapat memberi pendidikan percuma kepada generasi muda.
Bagaimanapun kerajaan lebih suka membelanja keuntungan hasil minyak anugerah Tuhan itu untuk kegiatan kurang bermanfaat seperti menganjur perlumbaan kereta Formula 1 dan membina bangunan tertinggi di dunia (satu waktu dulu). menara berkembar Petronas.
Jelas sekali pemberian Allah melalui penemuan minyak dan gas diperut bumi negara ini tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.
Bebeza dengan sesetengah negara Arab yang kaya dengan minyak dimana rakyatnya mendapat pendidikan percuma dari peringkat rendah hinggalah keperingkat tertinggi. Ia bertujuan untuk melahirkan warga negara berpendidikan dan berilmu.
Jika pemimpin bercakap soal modal insan ini lah masanya untuk menggunakan kekayaan minyak dengan memberi pendidikan percuma kepada rakyat sekurang-kurangnya setakat sekolah rendah dan menengah.
Kerajaan boleh melakukanya jika mahu jangan biarkan hasil minyak anugerah Allah itu diguna untuk membiayai perkara tidak perlu atau untuk memenuhi nafsu pemimpin yang berkuasa.
Ingat Minyak adalah anugerah Allah, bila-bila masa Allah boleh menarik balik nikmatnya sebagaimana berlaku kepada Iraq! - mr

Thursday, October 11, 2007

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Daripada
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kluang

Monday, October 8, 2007

Muslimat Kluang Memberi Sumbangan Kepada Fakir Miskin


Pada 6 Oktober 2007 Muslimat PAS Kawasan Kluang dengan kerjasama Muslimat PAS Negeri Johor telah mengedarkan sumbangan sempena hari raya aidilfitri kepada golongan fakir miskin di sekitar Kluang. Turut serta dalam program kali ini beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kluang dan Dewan Pemuda Kawasan Kluang.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Miskin di Sungai Balang Muar

Ketua Pemuda PAS Kluang berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga Makcik Selamah Binti Ahmad pada 29 September 2007. Makcik Selamah hidup bersama anak, menantu dan 3 orang cucu di Sungai Balang, Muar. Mereka termasuk dalam senarai keluarga miskin yang mendapat simpati PAS Kawasan Muar. Mereka tinggal di sebuah rumah PPRT. Rumah tersebut tidak mempunyai bilik. Sayu hati melihatkan masih ada keluarga yang hidup susah dalam keadaan kerajaan Malaysia kerap membazirkan wang rakyat sewenang- wenangnya. Saya mendoakan keluarga Makcik Selamah dapat menyambut hari raya tahun ini dengan gembira dan diberikan rezeki yang banyak lagi berkat dari Allah.
Anuar Kamil
Ketua DPP Kluang

Beberapa amalan menghidupkan malam, pagi raya Aidilfitri

Tazkirah

Dalam beberapa hari lagi Ramadan yang mulia akan melabuhkan tirainya yang menandakan berakhirnya kemuliaan bulan ini dan disusuli pula dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, atau menurut bahasa Arabnya ialah รข€˜Idul Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah.

Ini kerana sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan bertadarus al-Quran, bersolat jamaah sama ada solat-solat fardu dan tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi.

Seolah-olah amalan yang dilakukan itu menjadikannya bersih serta suci bagaikan anak-anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu mereka, inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah, selagi mana seseorang tidak memelihara fitrah selepas Ramadan, maka tidak mustahil fitrah dirinya terdedah kepada virus yang menjerumuskannya ke dalam lembah kehinaan.


Walau bagaimanapun kejayaan mentarbiahkan diri sebulan pada bulan Ramadan dan berakhir dengan sambutan Aidilfitri, tidak disia-siakan kerana Allah SWT memuliakan mereka dengan hari raya seperti yang diungkapkan-Nya menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Sesungguhnya umat Islam merayakan hari raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah SWT, di antaranya solat Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Hari Raya

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya.

Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.

Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.


Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan.

Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
"Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."


Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."


Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.

Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti pagi raya

1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.

Monday, September 24, 2007

Ayam diberi enzim babi: Mudah busuk ????


Oleh Harian Metro


KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.
Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat.

Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau boleh diketepikan begitu saja.“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzim babi ke atas ternakan.

Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaan was-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hari berbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12 hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya.


>‘Bencana’ kesihatan kesan jangka panjang


KUALA LUMPUR: Tindakan ingin mengaut keuntungan ekspres dengan memberi ternakan, termasuk ayam, makanan tambahan berbentuk hormon dan antibiotik akan mengakibatkan ‘bencana’ terhadap kesihatan manusia pada jangka masa panjang.

Pakar ternakan ayam, Prof Dr Zulkifli Idrus, yang berpengalaman 13 tahun dalam kajian ayam, mengesahkan wujudnya pemberian hormon dan antibiotik, tetapi hanya berlaku di luar negara.“Tindakan itu boleh memberi kesan sampingan. Sebagai contoh, apabila lelaki memakan hormon yang diketahui digunakan untuk wanita, ia mewujudkan sifat kewanitaan pada lelaki itu.“Antibiotik pula, jika disuntik pada ayam, mewujudkan bakteria yang membentuk ketahanan dan boleh dipindahkan kepada manusia melalui makanan. Jika manusia itu sakit dan diberi antibiotik, ia tidak akan berkesan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya pemberian enzim babi atau suntikan lain ke atas ayam tidak digunakan di negara ini berikutan kosnya mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutama Amerika Syarikat (AS).“Sepanjang pengetahuan saya, tiada suntikan hormon, antibiotik atau enzim babi ini ke atas ayam kerana kosnya tinggi. Yang disuntik hanya vaksin iaitu untuk mengawal jangkitan penyakit,” katanya yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau berkata, ayam di negara ini diberi makan jagung dan kacang soya kerana ia sumber tenaga dan protein paling baik.“Hari ini, jagung digunakan untuk menghasilkan bahan bakar dipanggil Ethanol dan permintaan Ethanol sangat tinggi, sekali gus meningkatkan harga jagung di pasaran dunia.“Jadi jika ada penternak menggunakan pelbagai suntikan, kosnya pasti lagi tinggi kerana 70 peratus kos pengeluaran saja adalah pada makanan,” katanya yang turut menjalankan kajian memberi isi rong kelapa sawit sebagai makanan ayam.Bagaimanapun, ketika ditanya kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyuntik ayam mereka untuk mengaut keuntungan segera, Dr Zulkifli tidak menafikan mungkin ada berbuat demikian.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) turut menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berkata penyebaran khabar angin itu tidak benar, justeru beliau meminta orang ramai tidak mudah percaya berita berkenaan.

Katanya, ayam daging yang ada di pasaran selamat dimakan, manakala pihaknya sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan kualitinya terjamin serta mengikut peraturan ditetapkan.“Kami sentiasa membuat pemeriksaan dan mengambil contoh daging ayam ini, sama ada di pasar atau ladang, bagi memastikan ia memenuhi syarat ditetapkan.“Di ladang pula, apabila berlaku kematian melebihi tiga peratus daripada jumlah keseluruhan, pemeriksaan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti puncanya dan kerana itu, penternak tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan sesuka hati, termasuk pengambilan ubat atau suntikan tambahan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat ditetapkan.Katanya, dalam hal itu Kementerian Kesihatan mempunyai kuasa untuk memastikan penternak mengikut langkah betul dan jika ada yang menyalahgunakannya, mereka berdepan tindakan undang-undang.“Kementerian mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas penternak yang menyalahi peraturan, malah kami sering bekerjasama membuat pemeriksaan haiwan ini di mana saja.“Malah, untuk pemberian ubat ini, ia perlu diluluskan jawatankuasa khas yang turut memantau pelaksanaannya supaya ia tidak menyalahgunakan kebenaran diberi,” katanya.

Mengulas dakwaan jika benar ada enzim babi dalam ayam tempatan, beliau berkata, ia tidak boleh dipercayai dan jika ada, peraturan atau syarat ketat dikenakan kepada penternak ayam di negara ini sudah cukup untuk mengetahui tindakan mereka.

Sementara itu, Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr Abdul Rahman Md Saleh, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkan penyebaran e-mel berkenaan sebagai fitnah.“Kita jaga kepentingan masyarakat, lebih-lebih lagi negara kita negara Islam. Kita sentiasa melakukan pemantauan (penternakan ayam) dan tiada penternak berbuat begitu (menggunakan enzim babi untuk mempercepatkan tumbesaran ayam),” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, setiap hari pengeluaran ayam di negara ini mencecah 1.2 hingga 1.3 juta ekor dan hanya dijual pada usia 38 hingga 40 hari. “Dengan jumlah pengeluaran sebesar itu, mana mungkin penternak ada masa untuk menggunakan enzim yang dimaksudkan (enzim babi). Kini semua penternak menggunakan teknologi moden dan mendapat perhatian terus daripada JPH.“E-mel itu mendakwa ayam boleh dijual ketika berusia 28 hingga 30 hari, tetapi berdasarkan pemantauan kita tiada ayam dijual pada usia itu,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, dakwaan yang disebarkan itu tiada asas dan menyifatkannya sebagai serkap jarang saja.

Monday, September 10, 2007

Menteri, polis 'hilang akal' hadiahkan peluru hidup untuk surai majlis ceramah


KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) -Tindakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, serta pihak polis 'menghadiahkan' peluru hidup kepada rakyat yang berhimpun secara aman dilihat bagaikan sudah 'hilang akal' dalam negara yang sering melaungkan demokrasi.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika dihubungi sebentar tadi berkata tragedi di Batu Buruk, Kuala Terengganu malam tadi merupakan kejadian kali pertama beliau mendengar pihak polis menggunakan peluru hidup apabila berhadapan dengan rakyat yang berhimpun secara aman untuk mendengar ceramah politik.
"Apabila polis menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi, bagi saya, ia merupakan satu rekod selepas 50 tahun kita merdeka," tegasnya.
"Ini bukannya perhimpunan membantah dasar kerajaan. Ini adalah ceramah yang lazim diadakan pada setiap malam di negara ini. Ia perkara biasa, dan pihak polis sama sekali tidak perlu menggunakan kekerasan, apatah lagi menggunakan peluru hidup, untuk menyuraikannya.
"Selama ini, ceramah yang dianjurkan oleh PAS, KeADILan dan DAP tidak menimbulkan apa-apa masalah kecuali jika ia diganggu pihak polis," tegas beliau yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan FRU itu.
Beliau memberi respon demikian sebagai mengulas kekecohan yang berlaku di Batu Buruk, Terengganu, malam tadi, yang mencetuskan ketegangan selepas pihak polis menghalang orang ramai daripada menghadiri ceramah anjuran Bersih (Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih) itu.
Mohamad juga dijadualkan memberi ceramah pada malam tersebut, bersama-sama Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim, dan anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP. Turut serta Dato' Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, seramai 350 anggota polis daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua trak penyembur air berasid dikejarkan ke tempat kejadian. Orang ramai dihalang ke lokasi ceramah sejak jam 2 petang semalam lagi.
Dua pemuda cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis dalam insiden itu. Difahamkan seorang daripadanya masih dalam keadaan kritikal.
Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.
Dalam pada itu, Mohamad mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian ini memandangkan tindakan ganas yang dilakukan pihak polis. - mks.
Sumber: Harakahdaily

Thursday, August 30, 2007

Ahli PAS dinasihat jangan terperangkap provokasi perkauman

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menasihatkan rakyat khususnya ahli PAS supaya tidak mudah terperangkap dengan provokasi perkauman.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily bagi menjelaskan dakwaan menyatakan terdapatnya unsur-unsur perkauman berlaku di Masai.

Menurutnya,pihak polis perlu bertindak segera menyiasat dakwaan yang banyak disebarkan melalui SMS itu dan jika benar maka pihak polis perlu bertindak ke atas pihak tertentu yang dikatakan menjadi punca kepada isu tersebut.

"Jangan hanya kata ada pihak tertentu yang berbuat demikian tetapi siapa pihak itu yang bertindak sedemikian perlu diambil tindakan.Kita tidak mahu ada pihak yang 'baling batu sembunyi tangan',"katanya.

Beliau mengimbau kejadian pada tahun 1987 yang mana kerana provokasi antara Umno dan MCA ketika itu akhirnya pihak lain yang dituduh menjadi punca.

Mahfuz melahirkan kebimbangan jika dakwaan isu perkauman itu hanyalah rekaan pihak tertentu yang mahu menjadi jaguh dengan sengaja untuk diperlihatkan sebagai penyelesai kepada masalah itu.
Dari kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengenai isu tersebut ianya membayangkan bahawa Umno dan BN kini mula untuk menerbitkan persepsi rakyat supaya menyokong kembali Umno/BN, katanya.
Ini kerana setelah mereka melihat kemerosotan sokongan terhadap parti mereka menjelang pilihan raya umum akan datang, dan tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk mengembalikan sokongan, dakwanya.
Justeru itu beliau menggesa rakyat agar tidak terperangkap dengan isu ini dan tidak termakan dengan provokasi perkauman yang hanya akan menjadikan isu ini lebih parah.

Sebaiknya beliau mencadangkan pihak polis bertindak ke atas pihak tertentu seperti yang didakwa terbabit dengan kejadian ini, dan jika isu ini tidak berlaku, janganlah ia digembar-gemburkan semata-mata untuk tujuan politik, katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil menyatakan, pihaknya mendapat pelbagai pertanyaan mengenai isu yang didakwa berlaku di Masai.

Katanya pelbagai SMS dihantar mendakwa akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang pada 30 Ogos ini.

"Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik,"katanya.

Semalam, pihak keselamatan telah pun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuk PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang, katanya.

Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.

Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan, katanya.

PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan, katanya.

"Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini,"ujarnya.

Sehubungan itu beliau mendesak agar isu ini tidak dibangkitkan menjadi isu perkauman. - mks.

Thursday, August 16, 2007

Ceramah Isra' Mikraj

Penceramah

Ustaz Riduan bin Mohd Nor
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

Ustaz Abdullah bin Hussin
Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Johor

Saudara Khairul Anuar bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kluang

Tempat : Rumah Saudara Ahmad Zaki bin Zaidin
No. 53 Jalan Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor

Tarikh : 17 Ogos 2007

Masa : 9.00 malam

Semua Dijemput Hadir

Sukaneka Sempena Hari Kebangsaan Ke 50



Murid PASTI dari Taman Delima yang menyertai Sukaneka sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-50 anjuran PASTI Kawasan Kluang yang dilangsungkan di Stadium Kluang pada 12 Ogos 2007

Wednesday, August 15, 2007

Kelantan terus membangun, tiada sebab tukar kerajaan

SETELAH Perdana Menteri Malaysia berpeluang meletakkan batu asas jambatan Sultan Yahya Petra kedua pada 2 Ogos 2007 lalu, saya dapat perhatikan satu saranan kuat menggesa rakyat untuk menukar kerajaan.Pengerusi Umno Negeri Kelantan sampai merayu-rayu supaya rakyat sedar bahawa kononnya kerajaan PAS yang dipimpin oleh saya di Kelantan cepat-cepat ditumbangkan kerana kononnya PAS-led state government could not afford to build the infrastructure and provide services which could lure investments. Beliau merayu dengan kata-kata, please realise this. (NST 12 Ogos 2007).
Dato’ Mustapa Mohamad pula menggesa supaya Kelantan diganti dengan pucuk pimpinan baru dan tidak lagi memilih “Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak sihat.” (Berita Harian 12 Ogos 2007).
Saya melihat begini. Orang yang waras di Kelantan tidak akan bercakap mengenai penukaran sebuah kerajaan tanpa sebarang sebab syarie. Orang yang waras akan meniru dan melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sewaktu berhubung dengan kerajaan-kerajaan di luar daripada Kerajaan Islam Madinah.
Dalam hal ini, mesej kunci yang perlu ditelaahi pemimpin-pemimpin Umno ialah firman Allah S.W.T. dalam ayat-ayat seperti berikut:
“Katakanlah: Hai ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada sesuatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah (puja) kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” - (Surah Ali’Imran: Ayat 64).
Berasaskan ayat ini, Nabi S.A.W. telah mengajak pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar dari kerajaan-kerajaan yang tidak Islam pada waktu itu supaya bersatu dan tidak berselisihan dengan cara kembali kepada satu punca kuasa sahaja yakni kuasa Allah S.W.T.
Surat baginda ini dibuka dengan perkataan “Aslim Taslam” yang bermaksud “Islamlah kamu dan anda akan selamat”. Ini bererti bahawa gesaan untuk menukar kerajaan yang sudah pun komited terhadap Islam tidak berbangkit langsung.
Sebaliknya jika ada pun peringatan kepada sebuah kerajaan Islam Kelantan maka peringatan itu hendaklah membawa maksud peringatan untuk kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Soalnya, mampukah para pemimpin Umno mengingatkan kami dengan pesanan sedemikian sedangkan merekalah yang menolak Islam dan menukar ganti Islam itu dengan faham kebangsaan? Mereka yang tolak Islam. Serentak dengan itu mereka menentang kami yang bergerak atas asas Islam.Allah telah menjadikan setiap Nabi dan Rasul Alaihissalam ini memuja Allah dan tidak bersyirik kepadaNya. Apa yang dibuat oleh kerajaan yang komited terhadap Islam di Kelantan ini adalah berpandukan apa yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
Demikian kami bertekad dan demikian jualah apa yang kami sedang usahakan. Kami membina keyakinan ini di atas analogi bahawa padi dan beras yang kita makan atau getah dan sawit yang kita semai dan tuai ini semuanya adalah daripada Allah S.W.T.
Seawal dan seasalnya setiap butir benih itu adalah dari kurniaan Allah S.W.T. Padi yang kita tanam ini adalah dari tahun lalu. Dan akhirnya kita bertemulah dengan benih padi yang asasnya dibuat oleh Allah S.W.T. Demikian juga dengan manusia yang berasal dari ayah, datuk, nenek yang akhirnya datang dari benih Adam A.S.
Allahlah Yang Maha Bijaksana dan telah menjadikan sesuatu itu dari tiada (Al-‘Adam) kepada ada (Al-Wujud).
Hakikat seluruh kejadian dicipta ini, semuanya bertujuan untuk memainkan peranan Ubudiyyah dan semuanya diisyaratkan dengan jelas dalam lafaz firman Allah yang berbunyi “Wamaa Kholaqtul Jinna Wal Insaana Illaa Liya’buduun”.
Demikian juga dalam Surah Al-Mulk, ayat kedua, Allah mengisytiharkan bahawa “Dia yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik aktivitinya.”
Prinsip ubudiyyah ini telah diwartakan dalam Kitab-Kitab besar yang telah diturunkan dari langit sejak zaman berzaman. Dia telah dengan kemasnya disempurnakan secara muktamad dengan Al-Quran seperti yang kita petik dari dua ayat di atas tadi.
Islam seterusnya menetapkan pembalasan di akhirat yang dilambangkan melalui kewujudan nikmat Syurga dan azab Neraka sebagai satu lagi asas keimanan.
Sewaktu Isra’ dan Mi’raj, Junjungan kita S.A.W. telah dibawa secara live untuk meninjau dua projek raksasa Allah yakni Syurga dan Neraka.
Ia sememangnya wujud. Ia sesuatu yang “real” dan tidak ada pertikaian dalam kesedaran hidup setiap orang beriman. Saya sesungguhnya tidak nampak apa lagilah cara terbaik yang ada, yang boleh menarik saudara-saudara saya dari Umno untuk kembali kepada titik persamaan dan kesedaran perpaduan berpaksikan kalamullah yang sepenting ini.
Jika pemimpin Umno boleh faham tentang premis fikiran orang-orang yang beriman sudah tentu tidak timbul soal menggesa rakyat untuk menukar kerajaan yang meletakkan Islam sebagai dasar hidup dan fikrah perjuangannya.
Soal peruntukan yang banyak daripada Kerajaan Persekutuan juga tidak timbul kerana tidakkah negara ini adalah berkonsepkan sistem pemerintahan federalisme? Dalam perlembagaan Persekutuan, ada senarai Persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama.
Kami akui bahawa ada projek jalan raya, lebuh raya, hospital, klinik, sekolah, jambatan yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi apa salahnya?
Jika Kelantan terus diperintah oleh PAS, apa masalah? Projek dalam jumlah berbilion-bilion ringgit datang dan kita boleh terus berganding bahu untuk membangunkan Kelantan.
Masing-masing pihak memainkan peranan dalam kapasiti dan bidang kuasa dan purview yang telah ditetapkan.
Apa sangatlah yang hendak disusahkan Kelantan berada di bawah PAS? Siapa berani menafikan bahawa tahap pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan yang sedang dinikmati oleh rakyat Kelantan pada tahun 2007 jauh lebih baik daripada zaman pra-1990 sewaktu berada di bawah pemerintahan Umno?
Bahkan apa yang lebih istimewa ialah di bawah pimpinan Parti Islam SeMalaysia di Kelantan kita ada pembangunan kerohanian yang cukup membanggakan.
Kita haramkan riba dengan memindahkan Akaun Kerajaan dari bank konvensional kepada bank Islam. Sampai sekarang pun saya perhatikan negeri-negeri lain belum lagi melakukan perkara ini.
Begitu juga dengan pajak gadai Islam Ar-Rahn yang telah dibuka di seluruh pelusuk negeri. Kita telah cuti dua hari seminggu yang telah ditiru oleh kerajaan Pusat.
Kita naikkan jumlah cuti bersalin yang juga telah ditiru oleh kerajaan Pusat. Kita menggalakkan wanita menutup aurat. Kita haramkan kedai-kedai judi. Mengawal dengan ketatnya penjualan arak dan premis tempat minum. Akhir-akhir ini kita telah melancarkan skim insurans Kifaalah.
Kita membuka peluang program Pembangunan Ladang Rakyat untuk disertai pelbagai kaum tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan bahasa. Pendek kata kita telah berusaha dan sedang berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk membangun spiritual umat dengan membangun generasi sejak di alam persekolahan lagi.
Dalam konteks ini kita ada sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) sebagai tapak semaian ke arah melahirkan rakyat Kelantan sebagai insan yang faham akan fungsi perhambaan terhadap Allah S.W.T.
Dengan latar belakang ini, saya juga tidak faham logik yang cuba dibawa di sebalik gesaan pemimpin Umno untuk menukar kerajaan. Sepatutnya mereka yang menggesa pemimpin kebangsaan menukar dasar.
Soal saya tidak sihat, tidak timbul kerana orang yang sihat pun boleh mati. Dan, boleh jadi yang sihat hari ini tidak lagi sihat di pagi esok.
Dalam keadaan kononnya saya tidak sihat ini pun, Umno naik susah. Jadi, susah Umno ini bukan kerana saya tidak sihat tetapi kerana ia lahir dari kewujudan saya dan persoalan-persoalan yang saya kemukakan gagal dijawab sampai sekarang.
Adakah maksud ditukar kerajaan supaya bertukarlah kerajaan yang pro-Islam kepada kerajaan yang pro-sekular dan pro-perkauman berteraskan Melayu?
Mahukah rakyat Kelantan kembali kepada kegelapan sedangkan mereka saban hari mendoakan supaya mereka dapat keluar daripada “zulumaat” kepada kerajaan yang mempunyai “Nuur”.
Saya sesungguhnya cukup khuatir dengan amaran Allah S.W.T. melalui firmanNya yang bermaksud:
“Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ada ombak (pula), di atasnya (lagi) ada awan; gelap gelita yang tindih bertindih apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” - (Surah An Nuur: Ayat 40).
Mudah-mudahan kita tidak termasuk di kalangan orang yang menyeru supaya kembali semula kepada kegelapan.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
www.tranungkite.net

Gambar Rumah Terbakar Yang Mengorbankan 5 Nyawa

Wednesday, August 8, 2007

Renungkan Sejenak

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.
Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.AMIIINN...
Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR!!!!

Thursday, July 19, 2007

Blog Baru Pemuda PAS Kawasan Kluang

Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Kali ini Pemuda PAS Kawasan Kluang muncul dengan blog yang baru. InsyaAllah akan dikemaskini dari masa ke masa. Blog yang lama www.pemudapaskluang.blogspot.com tak akan digunakan lagi. Sebarang cadangan atau pandangan sila e-mail ke dppkluang@yahoo.com.my.

Sekian, wassalam.

Khairul Anuar bin Ahmad Kamil
Ketua
DPP Kluang