Thursday, February 21, 2008

Sidang Media PAS Kawasan Kluang



Pada 20 Februari 2008, PAS Kawasan Kluang telah mengadakan satu Sidang Media bersama para wartawan di sebuah restoran di Kluang Baru, Kluang. Calon PAS yang akan bertanding di DUN Mahkota iaitu Encik Khairul Faizi bin Ahmad Kamil telah diperkenalkan kepada para wartawan.

Dalam Sidang Media tersebut, Khairul Faizi telah menjelaskan visi dan misi beliau di DUN Mahkota dan memberikan ikrar beliau sekiranya dipilih sebagai Wakil Rakyat di DUN Mahkota.

Turut serta dalam majlis pada pagi semalam ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kluang.

No comments: