Wednesday, February 13, 2008

Antara Manifesto BN yang gagal, 14 remaja lahir anak luar nikah

MELAKA: Seawal usia 14 tahun, sepatutnya berada di bangku sekolah. Namun, segelintir remaja perempuan di negeri ini yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mempunyai 'sejarah hitam' kerana pernah menjadi ibu muda selepas melahirkan anak luar nikah. Kebanyakan mereka terlanjur melakukan hubungan seks hingga berbadan dua akibat terlalu mempercayai dan menyayangi teman lelaki.

Berdasarkan statistik Jaim, sekurang-kurangnya 14 remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun terbabit dalam kes hamil luar nikah, sepanjang 2007.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati antara punca ramai gadis bawah umur terjerumus
dalam seks bebas kerana kurangnya perhatian ibu bapa.

Katanya, sikap remaja yang sentiasa mahu diberi perhatian dan kasih sayang menyebabkan mereka mudah 'cair' dengan pujukan dan rayuan teman lelaki yang bijak memanipulasikan keadaan semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan gadis terbabit.

"Dalam hal ini, ketika menjalin hubungan rapat boleh menjurus kepada perbuatan sumbang apabila gadis tadi tidak bijak menilai sikap sebenar lelaki terbabit."Biasanya apabila mereka terlanjur sekali, perbuatan itu selalunya diulangi beberapa kali hinggalah gadis itu tersentak apabila sudah mengandung," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, ada antara remaja terbabit masih di bangku sekolah dan apabila mengandung mereka mula malu dan tidak dapat meneruskan persekolahan.Katanya, disebabkan kes seumpama itu, terdapat ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke pusat pemulihan akhlak.“

Ada juga yang hanya menjaga anak mereka di rumah sehingga mereka melahirkan anak," katanya.Beliau berkata, antara kesalahan lain dalam tempoh sama tahun lalu, membabitkan golongan remaja dalam golongan usia itu ialah berkelakuan tidak sopan iaitu 14 orang manakala berkhalwat (53).

Rahimin berkata, dalam usaha mengatasi permasalahan sosial remaja di negeri ini, pihaknya bekerjasama dengan polis, pentadbiran sekolah dan Bahagian Rumahku Syurgaku, di Jabatan Ketua Menteri untuk mengadakan kempen dan penerangan.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sebahagian sekolah sudah menghantar jadual program. Menerusinya, kami memfokuskan kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5," katanya.

http://peneranganmelaka.blogspot.com/ & http://www.jasindaily.blogspot.com/

No comments: